Diskon!

Fiqih Makanan

Harga aslinya adalah: Rp 80.000.Harga saat ini adalah: Rp 60.000.

Stok 6

SKU: 004317 Kategori: ,

Deskripsi

Salah satu faktor penting yang memberi pengaruh kepada kualiti jiwa dan perilaku manusia adalah pengambilan makanan untuk keperluan tubuh. Oleh kerana itulah, dalam al-Qur’an dan Sunnah, pengambilan makanan dengan cara yang betul amat-amat ditekankan antaranya dengan memilih yang halal dan benar-benar baik sahaja.

Walaupun begitu, skop pengambilan makanan yang halal dan meninggalkan apa yang haram masih belum difahami dengan baik atau disedari dalam kehidupan kita sehari-hari.
Buku ini adalah di antara buku yang membahaskan aspek pengambilan makanan berupa dari jenis-jenis haiwan sama ada haiwan darat mahupun air. Ia membahaskan aspek maksud sebenar makanan di sisi Islam, pembahagian makanan sama ada hasil haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Kemudian penulis membahaskan jenis-jenis haiwan yang halal dan haram dan kaedah pengambilannya serta hukum-hakamnya. Di antara lain, penulis membahaskan aspek penyembelihan dan kepentingannya. Penulis juga turut membahskan aspek darurat, ukuran pengambilan makanan haram ketika darurat, dan hukum menyimpan makanan haram ketika darurat. Di akhir perbahasan, Syaikh Dr. Soleh Fauzan menjelaskan keutamaan dan sifat kasih sayang Islam dalam menjaga pemakanan manusia yang amat jarang difahami dan disedari oleh sebahagian besar dari kita hari ini…

Informasi tambahan

Penulis

Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan

Penerbit

Griya Ilmu

Jumlah Halaman

292 Halaman

Sampul

Hardcover

Ukuran

16.3 x 24.5 cm

Berat

~565 gr